Pages

Ads 468x60px

.

Labels

Minggu, 23 Juni 2013

KEUTAMAAN & AMALAN MALAM NISFU SYAABAN

       Malam Nisfu Sya'aban merupakan malam yang penuh berkat & rahmat selepas malam Lailatul Qadar.
Malam Nifsu sya'ban ini bertepatan pada malam pertengan bulan Sya'ban (15 sya'ban.
)Pada malam Nisfu Syaaban,buku catatan amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yg baru setelah setahun berlalu.
Sesungguhnya Malam Nisfu Syaaban ini adalah kesempatan untuk menyuci dan memperbaiki diri dengan meminta ampun dan mohon diubah  segala yang tercatat dikitab Azali kearah positif bagi menginsafi dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW: “Apabila tiba pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia.

Allah SWT berfirman: “Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit fajar?” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)


Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahwa Nabi tidak tidur pada mlm itu. "Rasulullah SAW telah bangun pada mlm (Nisfu Syaaban) & bersolat & sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda SAW & bergerak. Kemudian aku kembali & aku dgr Baginda berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu drpd apa yg akan diturunkan & aku pohonkan keredhaanMu drpd kemurkaanMu & aku berlindung kpdMu drpdMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesiapa yang menghidupkan malam Nisfu Syaaban dan dua malam raya (Aidilfitri dan Aidiladha), hatinya tidak akan mati pada hari dimatikan hati-hati orang lain.”

Diriwayatkan oleh Al-Dar Qutnu dan Imam Ahmad darpada Syaidah Aisyah; Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:“Sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab (Kabilah arab yang paling banyak kambing).”

Sesetengah ulama berpendapat, pada malam itulah ditukar dan ditentukan umur dan rezeki umat manusia. Teruskanlah membuat amal kebaikan, kerana selepas 15 Syaaban, maka bermulalah rekod amalan baru bagi setiap hamba.


                                                AMALAN MALAM NISFU SYAABAN




SHOLAT SUNNAH NISFU SYA'ABAN
Solat sunat Nisfu Syaaban adalah termasuk dalam solat2 sunat Mutlaq, yang dilakukan pada waktu malam 15 Syaaban. Ia boleh didirikan selepas mengerjakan solat Maghrib, Isyak atau bersama solat-solat sunat qiamullail.

Cara Mengerjakan Solat Sunat Nisfu Syaaban

1.  Lafaz niat:
Aku solat sunat malam Nisfu Syaaban dua rakaat kerana Allah Ta’ala.
.
2.  Rakaat pertama baca surah al-Fatihah dan surah al-Kafirun.
3.  Rakaat ke dua, selepas al-Fatihah baca surah al-Ikhlas.
4.  Setiap kali sujud, selepas membaca tasbih sujud, bacalah doa:
5.  Selepas memberi salam, bacalah surah Yasin tiga kali (sekiranya tidak sempat melakukannya selepas solat Maghrib, lakukannya selepas solat Isyak) dengan niat supaya Allah memanjangkan umur, menambah rezeki serta menetap dan meningkatkan iman.
6.  Akhir sekali, bacalah doa Nisfu Syaaban.
Maknanya;
                                                  
selain melakukan sholat sunnah bisfu sya'ban, banyak amalan-amalan yang dapat di lakukan,
antara lain :
1. PERBANYAKKAN ISTIGHFAR
Lafazkan "astaghfirullahal'azhim (memohon ampun) dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil

2. PERBANYAKKAN SHOLAT QIYAMULLAILNabi SAW bersabda: “Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu.”
3. MEMBACA AL QURAN
4.MEMPERBANYAKKAN SEDEKAH
5.PERBANYAKKAN SELAWAT & BERDOA
6.PERBANYAKKAN TASBIH,TAHMID,TAHLIL,TAKBIR
dengan mengucapkan subhanallah alhamdulillah lailahaillallah allahuakbar
Fadilat : setiap satunya akan ditulis baginya 20 kebajikan dan digugurkan daripadanya 20 kejahatan.

sumber :
http://www.dapurkakjee.com/2013/06/nisfu-syaaban-bermula-malam-ni-lepas.html
http://shafiqolbu.wordpress.com/solat-sunat/solat-sunat-mutlaq-nisfu-syaaban/

0 komentar:

Posting Komentar